Cerpen melayu Sang Perindu | part 1
WAJAHNYA berseri-seri melihat sang kakak selamat diijab kabulkan dengan pilihan hati kakaknya sendiri. Di hati berasa gembira dan sedih. Dihari bahagia itu hanya dia saja satu-satunya keluarga kandung Fatihah. Ibu dan bapa mereka sudah kembali ke rahmatullah sejak sembilan tahun lalu. Dia dan kakaknya dijagakan oleh makcik mereka. Namun hanyalah sekejap bila makcik mereka pun pergi jua setahun yang lalu.
"Cantiknya kakak. Abang Dil pula kacak. Padan sangatlah," puji Fatin sedang berdiri disebelah kanan Fatihah menjadi pengapit mempelai perempuan itu. Fatihah tertunduk malu.
Selesai akad nikah. Fatin, Fatihah dan rakan-rakan mereka berkumpul di pelamin untuk sesi fotografi. Manakala Fadil menemui rakan-rakannya di meja tetamu.
"Assalamualaikum semua. Terima kasih kasih sebab datang ke majlis aku ni," ucap Fadil pada rakan-rakannya. Dan dibalas dengan salam dan ucapan tahniah.
"Haih, Man. Aku ingat kau tak datang."
"Mana boleh aku tak datang kalau kawan baik nak kahwin. Kalau kau tak jemput pun, aku tetap datang juga. Apa-apa pun, tahniah brother sebab dah bergelar suami sekarang ni. Semoga kekal hingga ke janna. Sorry, aku tak sempat belikan hadiah untuk kau dan isteri kau. Sebab kau bagitahu dah nak nikah. Jadual kerja aku padat sangat," ujar rakannya dipanggil Man itu.
"Terima kasih sangat. Tak apa tak ada hadiah. Yang penting kau hadir dimajlis bahagia aku ni. Elok lah kau dah ada ni. Aku nak kenalkan kau dengan adik ipar aku. Kau single, dia single," tutur Fadil diikuti tawa rakan-rakannya yang lain.
"Yang pengapit isteri kau tu kan? Boleh juga. Eh, tapi tak apa ke?" tanya Man sambil menggosok belakang lehernya, "Bukan kau cakap dia tak nak bercinta ke?"
"Haah. Tapi, bukan selamanya dia tak nak bercinta. Sekarang ni aku nak kenalkan kamu berdua. Bukan nak kahwinkan. Kau dah nampak kan. Cantik tak?"
"Ia. Mana tak nampak. Dia perempuan tercantik dekat majlis ni. Ehem, isteri kau cantik juga." Mereka ketawa bersama.
"Sayang, sini sekejap! Ajak Fat sekali," Fadil memanggil isterinya yang tak habis-habis dengan fotografi.
Bunyi deringan telefon membuat Fadil melihat ke arah rakan-rakan. Telefon Man yang sedang berdering.
"Family call. Aku nak jawap panggilan ni," kata Man dan Fadil hanya mengangguk kepala.
Dua snap gambar lagi ingin diambil oleh Fatin. Kakaknya pula hanya menuruti. Tapi didalam hatinya. 'Suami aku dah panggil aku. Tapi kamu semua masih nak ajak berselfie. Ish!'
"Fat, sudah lah. Abang Dil panggil tadi. Jom lah cepat," kata Fatihah dan menarik-narik tangan adiknya.
"Ei ... tak sabar langsung. Masih awal lagi ni. Nak buat baby pergilah, ajak Fat ni kenapa?" Fatin menahan badannya yang ditarik Fatihah.
"Kakak sumbat juga mulut Fat dengan telefon tu. Gila ke nak buat baby sekarang? Abang Dil panggil kakak dan minta Fat pergi kesitu sekali. Janganlah banyak cakap."
"Ialah ... sekejap, nak post ke facebook," kata Fatin. Fatihah turut melihat gambar yang dimuat naik oleh adiknya dengan caption,
'Pengantin cantik bak bidadari. Pengapit lawa bak puteri. Adik sayang kakak dunia akhirat. Peace....'
Lama mereka melihat caption itu. Lalu Fatihah memandang adiknya dengan sayu. Kelopak mata Fatin sudah bergenang airmata. Dia terus memeluk Fatin. Sedih. Tetamu perasan detik-detik itu termasuk juga rakan-rakan kedua pihak. Suami Fatihah iaitu, Fadil turut sedih dan kasihan melihat dua beradik itu. Rakannya bernama Man tadi menepuk bahunya dan dia terus menoleh.
"Dah, jom. Abang Dil pun nak peluk kut, sebab tu dia panggil," usik Fatin pada kakaknya. Fatihah menyeka airmata.
"Kenapa abang?" soal Fatihah.
Maaf kalau ada cacatnya. ☺
Okay... next part 2... Follow my wattpad shimasahaja
Ulasan
Catat Ulasan